Sunday, 21 September 2014

KESANTUNAN VERBAL DAN NON VERBAL

  • Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapa dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, ketika berinteraksi dengan seseorang dan sebagainya. 
  • Daripada aspek bahasa melayu, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa dari segi verbal dan non-verbal. Melalui verbal dan non-verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dapat dicontohi oleh masyarakat terutama golongan muda masa kini.
  • Konsep kesantunan verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. 
  • Contohnya, kesantunan verbal yang diamalkan oleh masyarakat melayu ialah menggunakan panggilan yang sopan kepada orang yang lebih tua seperti mak long, pak long, abang dan kakak. Selain itu, masyarakat melayu menggunakan konsep verbal ini untuk memberi salam antara satu sama lain. contohnya, assalamualaikum.
  • Seterusnya, konsep kesantunan non-verbal. Konsep kesantunan non-verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh non-verbal ialah apabila seseorang itu ingin lalu di hadapan orang yang lebih tua daripadanya maka seseorang itu perlu menundukkan dirinya sebagai tanda hormat.
  • Kesantunan berbahasa menunjukkan kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi daam kehidupan seharian masyarakat melayu. Bahasa yang digunakan adalah mestilah digunakan penuh adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.

No comments:

Post a Comment