Thursday, 18 September 2014

KESANTUNAN BERPAKAIAN



  • Selain dari konsep kesantunan verbal dan non-verbal konsep berpakaian juga merupakan antara kesantunan masyarakat melayu. Dalam etnik yang dikaji, iaitu etnik melayu, konsep kesantunan berpakaian merupakan salah satu kesantunan yang amat penting kerana masyarakat melayu amat menitikberatkan tentang cara dan adab berpakaian. 
  • Kesantunan masyarakat melayu menunjukkan bahawa masyarakat melayu sangat mementingkan aspek pemakaian. Aspek pemakaian juga mencerminkan sesuatu budaya tersebut. Dalam kesantunan berpakaian masyarakat melayu, ada dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu berpakaian sopan di tempat umum. 
  • Masyarakat melayu sangat mementigkan kesopanan dalam berpakaian kerana pakaian melambangkan adab dan tingkah laku masyarakat tersebut. Seterusnya, berpakaian yang rapi dan sesuai dengan keadaan. Ini bermaksud, apabila seseorang itu menghadiri sesuatu majlis rasmi, maka perlulah berpakaian rasmi yang sopan dan rapi. 
  • Antara pakaian yang dipakai oleh masyarakat melayu ialah baju kurung bagi kaum perempuan manakala baju melayu bagi kaum lelaki. Kedua-dua pakaian ini merupakan pakaian yang biasanya dipakai oleh masyarakat melayu kerana ianya sopan dan menutup aurat serta sesuai dipakai ke majlis rasmi.
    kesantunan berpakaian masyarakat melayu bagi kaum melayu 
    kesantunan berpakaian masyarakat melayu bagi kaum lelaki

No comments:

Post a Comment