- Takrifan kesantunan mengikut perspektif Melayu oleh Asmah Haji Omar pada tahun 2000 ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Kesantunan masyarakat melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
- Mengikut Asmah Haji Omar, orang melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat serta kesantunan masyarakat juga mementingkan bahasa yang halus dan tersirat supaya tidak mengecil hati orang.
- Selain itu, takrifan kesantunan masyarakat melayu menurut Awang Sariyan pada tahun 2007 ialah kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab serta memancarkan keperibadian yang mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman berbicara. Beliau berpendapat bahawa kesantunan masyarakat melayu dapat digambarkan melalui nilai kesopanan atau nilai etika pada dirinya.
- Kesantunan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek seperti kesantunan berbahasa, kesantunan berpakaian dan kesantunan perbuatan. Kesantun ini masih lagi diamalkan pada masa kini oleh masyarakat Melayu.
Sunday, 21 September 2014
KESANTUNAN MASYARAKAT MELAYU
KESANTUNAN VERBAL DAN NON VERBAL
- Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapa dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, ketika berinteraksi dengan seseorang dan sebagainya.
- Daripada aspek bahasa melayu, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa dari segi verbal dan non-verbal. Melalui verbal dan non-verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dapat dicontohi oleh masyarakat terutama golongan muda masa kini.
- Konsep kesantunan verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
- Contohnya, kesantunan verbal yang diamalkan oleh masyarakat melayu ialah menggunakan panggilan yang sopan kepada orang yang lebih tua seperti mak long, pak long, abang dan kakak. Selain itu, masyarakat melayu menggunakan konsep verbal ini untuk memberi salam antara satu sama lain. contohnya, assalamualaikum.
- Seterusnya, konsep kesantunan non-verbal. Konsep kesantunan non-verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh non-verbal ialah apabila seseorang itu ingin lalu di hadapan orang yang lebih tua daripadanya maka seseorang itu perlu menundukkan dirinya sebagai tanda hormat.
- Kesantunan berbahasa menunjukkan kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi daam kehidupan seharian masyarakat melayu. Bahasa yang digunakan adalah mestilah digunakan penuh adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.
Thursday, 18 September 2014
KESANTUNAN BERPAKAIAN
- Selain dari konsep kesantunan verbal dan non-verbal konsep berpakaian juga merupakan antara kesantunan masyarakat melayu. Dalam etnik yang dikaji, iaitu etnik melayu, konsep kesantunan berpakaian merupakan salah satu kesantunan yang amat penting kerana masyarakat melayu amat menitikberatkan tentang cara dan adab berpakaian.
- Kesantunan masyarakat melayu menunjukkan bahawa masyarakat melayu sangat mementingkan aspek pemakaian. Aspek pemakaian juga mencerminkan sesuatu budaya tersebut. Dalam kesantunan berpakaian masyarakat melayu, ada dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu berpakaian sopan di tempat umum.
- Masyarakat melayu sangat mementigkan kesopanan dalam berpakaian kerana pakaian melambangkan adab dan tingkah laku masyarakat tersebut. Seterusnya, berpakaian yang rapi dan sesuai dengan keadaan. Ini bermaksud, apabila seseorang itu menghadiri sesuatu majlis rasmi, maka perlulah berpakaian rasmi yang sopan dan rapi.
- Antara pakaian yang
dipakai oleh masyarakat melayu ialah baju kurung bagi kaum perempuan manakala
baju melayu bagi kaum lelaki. Kedua-dua pakaian ini merupakan pakaian yang
biasanya dipakai oleh masyarakat melayu kerana ianya sopan dan menutup aurat
serta sesuai dipakai ke majlis rasmi.
kesantunan berpakaian masyarakat melayu bagi kaum melayu kesantunan berpakaian masyarakat melayu bagi kaum lelaki
Wednesday, 17 September 2014
KESANTUNAN PERBUATAN
- Kesantunan perbuatan merujuk kepada perbuatan masyarkat melayu dalam kehidupan seharian mereka.
- Perbuatan masyarakat melayu adalah dianggap sopan. Contoh kesantunan perbuatan yang diamalkan adalah apabila menyambut tetamu yang datang ke rumah. Tuan rumah akan menyambut tetamu tersebut dengan sopan dengan menjemput tetamu tersebut masuk ke rumah.
contoh kesantunan perbuatan masyarakat Melayu |
- Sebelum masuk ke dalam rumah, tetamu hendaklah menanggalkan kasut. Sejurus sahaja tetamu memasuki rumah, tuan rumah akan mejemput tetamunya duduk dan menghidangkan air dan juga makanan ringan.
- Selain itu, contoh lain bagi kesantunan perbuatan masyarakat melayu ialah menghormati orang yang lebih tua apabila bercakap dan tingkah laku di hadapan orang tua dan juga orang di sekeliling. Ini menunjukkan kesantunan perbuatan masyarakat melayu.
- Kesantunan perbuatan ini diamalkan dalam kehidupan masyarakat melayu secara sedar atau tidak. Kesantunan perbuatan amat dititikberatkan kerana kesantunan ini telah menjadi satu adat turun menurun bagi masyarakat melayu. Kesantunan adat masyarakat tidak akan pernah luntur kerana ini mencerminkan kesantunan masyarakat melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)